Monday 19 October 2015

APA ITU MYIPTV?




Dengan jumlah melebihi 170 saluran, kini anda boleh menonton hampir semua saluran Astro, semua saluran Singapura MediaCorp, saluran terpilih dari India (Videocon d2h), saluran terpilih dari China dan Taiwan, saluran TV nasional Indonesia dan banyak lagi dengan MyIPTV. Asalkan anda mempunyai jalur lebar dengan kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps (4Mbps ke atas adalah digalakkan) serta Android box, anda boleh menikmatinya. 


Perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu

  • 100% menggunakan Internet kerana ini adalah servis IPTV
  • Tiada piring satelit diperlukan
  • Memerlukan internet yang stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps. 4Mbps dan ke atas adalah digalakkan.
  • Android box yang sesuai diperlukan.



Soalan-soalan lazim


Melanggan MyIPTV dengan Android box dari ARIGROUP

S: APAKAH BEZANYA JIKA SAYA LANGGAN MYIPTV DARI ARIGROUP BIZ YANG DATANG BERSAMA ANDROID BOX, BERBANDING DENGAN ANDROID BOX YANG SAYA TELAH BELI DI TEMPAT LAIN?

J: Jika anda membeli Android box yang datang bersama MyIPTV dari Arigroup, anda akan mendapat 1 bulan perkhidmatan MyIPTV kepada anda secara percuma. Kebiasaannya, setiap model Android box yang pihak kami jual akan diuji terlebih dahulu untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum diserahkan kepada para pelanggan samada secara by hand atau pos, jadi anda tidak perlu bimbang tentang hal itu. Namun sekiranya anda membeli android box yang tidak disertakan dengan langganan percuma Myiptv tersebut, sebarang masalah berkenaan box bukanlah di bawah tanggungan kami.


S: BAGAIMANAKAH UNTUK MENGETAHUI JIKA SAYA BOLEH MEMPERCAYAI ARIGROUP BIZ SEBAGAI PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB?

J: Anda boleh mengikuti sebarang feedback dari customer kami di facebook Skybox Openbox (www.facebook.com/skyboxopenboxarigroup) atau fanpage facebook kami di www.facebook.com/skyboxopenboxari . Setelah anda menjadi pelanggan kami, anda boleh request masuk ke group khas untuk pengguna android box samada di telegram atau whatssap. Tujuan group ini disediakan supaya mudah untuk pihak kami menyampaikan atau berkongsi sebarang update terbaru berkenaan penggunaan android box, myiptv atau sebarang info samada masalah teknikal atau update terbaru. Kami sangat cepat reply di wasap atau telegram berbanding online di facebook. Jadi anda digalakkan untuk menghubungi kami secara terus melalui wasap atau telegram tersebut di talian 0196003329 atau 0166643329 


S: SAYA SUDAH MEMPUNYAI ANDROID BOX YANG SAYA BELI DARI TEMPAT LAIN. BOLEHKAH SAYA MENIKMATI MYIPTV TANPA MEMBELI ANDROID BOX DARI ARIGROUP?

Jika anda yakin akan Android box anda dari segi speksifikasi dan boleh menggunakan MyIPTV dengan lancar, maka tiada masalah. Anda boleh mencuba langganan satu bulan dari kami untuk permulaan. Hubungi kami segera untuk info lebih details


Kelajuan Internet

S: SAYA MENGGUNAKAN INTERNET KELAJUAN 2MBPS, ADAKAH SIARAN AKAN BERMAIN DENGAN LANCAR TANPA BUFFERING?
Bergantung kepada saluran dan kawasan anda. Kebanyakan pengguna dapat menonton dengan lancar tanpa buffering pada 2Mbps, manakala sesetengah pengguna mengalami buffering secara sekala pada beberapa saluran. Dan anda juga perlu memastikan bahawa sambungan Internet anda adalah stabil sepanjang masa untuk tontonan yang lebih baik.


S: ADAKAH IA AKAN MEMPERLAHANKAN KELAJUAN INTERNET SAYA APABILA SAYA MENONTON MYIPTV PADA INTERNET 2MBPS?
Anda mungkin akan mengalami kelajuan Internet yang perlahan apabila anda sedang menonton saluran MyIPTV jika anda menggunakan 2Mbps atau lebih rendah. Biasanya anda tidak akan mengalami kelajuan internet yang perlahan jika anda menggunakan internet berkelajuan 4Mbps ke atas. 

S: BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENGELAKKAN MASALAH BUFFERING?
Adalah dinasihatkan untuk langgan ke pakej Internet kelajuan yang lebih pantas, sekurang-kurangnya 4Mbps adalah disyorkan untuk mendapatkan tontonan yang terbaik tanpa buffering. Melanggan Internet gentian (seperti UniFi atau Maxis Fibre) adalah pilihan terbaik. 

S: SAYA SEDANG MENGGUNAKAN KELAJUAN INTERNET 1MBPS ATAU KEBAWAH. BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA BERKERAS UNTUK MENONTON MYIPTV?
Saluran tersebut akan mengalami masalah buffering secara berterusan, ataupun tidak dapat membuka saluran tersebut. Sila menaik taraf pakej kelajuan Internet anda kepada sekurang-kurangnya 2Mbps.


​S: KAWASAN SAYA HANYA MEMBEKAL INTERNET JENIS ADSL, DAN KELAJUAN MAKSIMANYA HANYA 1MBPS. MACAM MANA?
Malangnya, anda tidak dapat menikmati MyIPTV dengan sepenuhnya..


S: BOLEHKAH SAYA MENGGUNAKAN 3G/4G UNTUK MENONTON MYIPTV?

Menonton MyIPTV dari sambungan 3G/4G adalah dilakukan tetapi tidak mengesyorkan, kerana ia akan menghabiskan quota anda dengan cepat, kecuali kalau anda menggunakan pelan tanpa had dan tidak akan "throttle" walau bagaimanapun.  ​


Kualiti saluran video/audio

S; ADAKAH SAYA DAPAT MENIKMATI KUALITI YANG SERUPA DENGAN ASTRO?

MyIPTV menggunakan internet striming. Pembekal saluran akan merendahkan "bit rate" video/audio sebelum ke pelanggan. Maka, pengguna akan dapat perasan kualiti video/audio yang rendah sedikit.


S: KENAPA SAYA TIDAK BOLEH MENIKMATI KUALITI VIDEO/AUDIO YANG SERUPA DENGAN ASTRO?
​Kalau mereka berbuat demikian, hanya pelanggan yang melanggan kelajuan Internet yang laju seperti Internet gentian boleh menikmati MyIPTV, manakala pengguna ADSL yang melanggan kelajuan yang perlahan akan mengalami masalah buffering apabila menonton MyIPTV. Pembekal saluran akan merendahkan qualiti video/audio supaya pengguna ADSL yang tidak melanggan kelajuan internet yang tinggi juga boleh menikmati MyIPTV. 

​S: WALAUPUN KUALITI VIDEO/AUDIO YANG TELAH DIRENDAHKAN, BAGAIMANAKAH DENGAN QUALITI GAMBAR DAN SUARA SECARA KESELURUHAN?

Hampir saluran di MyIPTV (termasuk SD atau HD) tetap memberi kualiti gambar yang memuaskan, manakala ada beberapa saluran mempunyai kualiti yang biasa ataupun tidak memuaskan dalam qualiti video/audio. Jika anda tidak kisah terhadap kualiti video/audio yang telah direndah, langgan MyIPTV tidak akan jadi masalah bagi anda.


Harga dan memperbaharui langganan (renew subscription)

Apabila anda melancarkan aplikasi MyIPTV, anda akan melihat "Expire in XX Days".
Selepas hari berikutnya, anda tidak dapat menonton MyIPTV lagi. Anda perlu memperbaharui langganan (renew) jika anda ingin terus menonton MyIPTV. Tidak mengapa jika anda tidak mahu memperbaharui, kerana kami tidak akan memaksa anda.

Setiap pembelian Android box dari kami, anda akan menerima tempoh langganan percuma MYIPTV  selama sebulan. Selepas satu bulan tersebut, jika anda ingin memperbaharui langganan, anda hanya boleh memperbaharui secara 3 bulan, 6 bulan, atau 1 tahun sahaja. Langganan bulanan hanya disediakan sekali sahaja untuk setiap Android box. MyIPTV tidak memberikan langganan bulanan. Biasanya TIADA PENGEMBALIAN WANG setelah bayaran dibuat. 

MyIPTV menjalankan proses pengesahan (authentication) akaun pelanggan setiap kali pelanggan menukar saluran dengan menggunakan MAC address pada setiap Android box. Jika anda tidak tahu apa ini, abaikan.


Menonton MyIPTV untuk kali pertama

Dapatkan Android box, sambung penyesuai kuasa (power adapter) dan pasangkan kabel HDMI atau RCA ke TV anda. Hidupkan Android box, sambungkan WiFi rumah anda, dan akhir sekali lancarkan aplikasi MyIPTV. Semudah itu saja.


Keburukan

Adalah maklum bahawa MyIPTV adalah perkhidmatan IPTV tanpa lesen (unofficial provider or underground provider).
Kadang-kadang anda akan mengalami isu-isu utama di MyIPTV seperti di bawah, tetapi ia jarang berlaku:

1) Tiada jaminan bahawa anda boleh menonton semua saluran MyIPTV tanpa isu sepanjang masa, 24/7.
Kadang-kadang server pembekal saluran mempunyai penyelenggaraan atau tergendala, ataupun terlalu banyak pelanggan kini menonton saluran tersebut dan server tidak dapat menerima lagi pengguna (jarang berlaku), anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut. Ingatlah bahawa MyIPTV adalah disediakan secara usaha terbaik (best-effort basis). Satu-satunya perkara yang pembekal MyIPTV boleh lakukan adalah untuk memastikan semua saluran boleh menonton kepada pelanggan secara sepenuh masa yang mungkin. Kerana jika tidak, pelanggan akan berhenti melanggan dan tiada perniagaan. Lagipun, bayaran langganan MyIPTV adalah sangat murah. Satu-satunya cara untuk mendapatkan perkhidmatan yang terjamin, langganlah kepada pembekal TV satelit, Astro.

2) Jika lokasi pembekal saluran tersebut mengalami hujan lebat, anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut untuk seketika. 
Tidak lagi kena mengena jika kawasan anda hujan lebat ataupun tidak jika anda menggunakan MyIPTV (selagi sambungan Internet anda aktif). Kerana kebanyakan saluran yang MyIPTV dapatkan adalah menggunkan piring satelit jenis Ku band (Astro, Big TV, Videocon d2h). Jika lokasi pembekal saluran itu mengalami hujan lebat pada ketika itu, anda tidak akan dapat siaran daripada saluran tersebut dan ia akan menunjukkan "Service currently not available" (untuk Astro). Tergantung pada cara tontonan anda, ia mungkin jarang atau kerap berlaku.

3) Audio/video yang tidak serentak (isu "lip-sync")
Kadang-kala anda akan perasan bahawa audio/video tidak serentak dengan apa yang anda lihat/mendengar. Seperti audio adakalanya lebih cepat atau lambat dari video yang sedang ditayangkan pada saluran tersebut. Tetapi bukan setiap orang akan perasan isu ini, jadi ini bukanlah satu isu besar.
  • Tiada perkhidmatan EPG Anda tidak boleh tahu program apakah yang sedang ditayang sekarang seperti Astro.
  • Anda kena cari jadual program sendiri. 
  • Anda tidak boleh menukar bahasa sarikata pilihan anda
  • Saluran dari Astro: Sarikata Bahasa Melayu kecuali saluran Cina terpilih.
  • Saluran dari mana-mana stesen TV berbayar Indonesia: Sarikata Bahasa Indonesia
  • Saluran dari Videocon d2h: Sarikata Bahasa Inggeris 
  • Anda tidak boleh merakamkan sebarang program seperti PVR 
  • Mengambil masa lebih lama untuk menukar saluran berbanding dengan Astro
  • Ia mengambil 3-5 saat untuk memuatkan saluran, bergantung pada internet anda.


Kesimpulannya

MyIPTV adalah sesuai untuk sesiapa yang ingin membayar harga rendah dan menonton saluran yang anda tidak mampu untuk melanggan, serta saluran-saluran dari negara lain/satelit. Walaupun ada kelemahan MyIPTV, adalah maklum bahawa anda membayar harga yang sangat murah setiap bulan dan anda mendapat lebih 160 saluran.

Berbanding dengan Astro, anda perlu membayar lebih beratus-ratus ringgit sebulan untuk menonton saluran premium. Dengan MyIPTV, asalkan anda mempunyai kelajuan Internet sekurang-kurangnya 2Mbps, disyorkan 4Mbps ataupun lebih pantas untuk ADSL, atau apa-apa pelan UniFi/Maxis Fibre, anda bolehlah menikmati MyIPTV. Anda mungkin berfikir, langgan ke pelan kelajuan Internet yang lebih pantas, anda untuk bayar lebih lagi. Tetapi berfikir semula, anda boleh menonton kira-kira 72% (109 saluran termasuk HD) daripada semua saluran Astro untuk harga yang sangat murah setiap bulan dan jelas sekali ini lebih murah daripada apa yang anda bayar pada bil Astro setiap bulan.

Bagi pengguna UniFi / Maxis Fibre
Asalkan anda langgan mana-mana pelan UniFi/Maxis Fibre, anda boleh terus menikmati MyIPTV tanpa bimbang tentang masalah buffering.

Bagi pengguna Internet jenis ADSL
Harga pakej Streamyx TM:
https://www.tm.com.my/Home/Broadband/Streamyx/Pages/Home.aspx

Harga Maxis Home Wired Internet (pakej 4Mbps tidak dipaparkan di laman web Maxis kerana kawasan terhad):
http://www.maxis.com.my/en/personal/internet/wired-internet.html?icid=maxistile:internet:wiredinternet

Adalah maklum bahawa pakej kelajuan Internet 4Mbps dan 8Mbps untuk ADSL internet hanya boleh didapati di kawasan terhad sahaja. Panggil talian hotline (customer service) Streamyx atau Maxis Home untuk periksa liputan.

3 comments:

  1. kenapa channel astro ria selalu buffer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna depend internet tuan. cuba restart box dan internet.

      Delete
  2. Adakah penggunaan myiptv boleh dijamin untuk guna selamanya?

    ReplyDelete

SENARAI CHANNEL ASTRO YANG BELUM ADA DI DALAM MYIPTV

Astro channels on MyIPTV that not yet available These are the Astro channels that are not available on MyIPTV for now:  Updated...